Pakatan Jamin Masa Depan Anda

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Harapan Rakyat, Turunkan Harga Kereta

Turunkan harga kereta, mengapa kita perlu membeli kereta dengan harga lebih tinggi berbanding negara lain? .

Wanita Dihargai

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Gempar, Ketua Cawangan Umno Sertai Keadilan


40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.

Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak).

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.

“Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.

“Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia,” jelas Suhaimi.

Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti.

“Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

“Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini,” tambah Suhaimi.
“Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana,” jelasnya.

Contohi Selangor jika kerajaan mahu bantu pesara polis


Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Kuala Lumpur, Nasiruddin Mohamed berkata, veteran polis zaman darurat tidak diberikan pembelaan setimpal terhadap jasa yang dicurahkan menjaga keselamatan negara.

Demikian respon beliau berkenaan saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar akta baharu digubal bagi menghargai jasa dan pengorbanan veteran polis zaman darurat dan konfrontasi.

“Seingat saya baru dua kali pesara polis diberi imbuhan itupun secara ‘one-off’. Mereka diberi RM1,000 sekitar 2007 dan 2008 manakala pada 2012 pula RM3,000 diberikan.

“Pemberian itu sekadar mengambil kesempatan untuk mengekalkan sokongan bekas polis kepada kerajaan ekoran isu Mat Indera yang ditimbul oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Selepas itu, pesara polis tidak lagi mendapat bantuan yang memuaskan melainkan berharap wang pencen setiap bulan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Hasrat kerajaan menggubal akta baharu itu dipercayai ekoran penegasan Pakatan Rakyat yang mahu membela nasib anggota polis dan tentera apabila diberi mandat mentadbir negara.

Nasiruddin yang juga Naib Presiden PBPM Pusat berkata, usaha menggubal akta itu walaupun baik tetapi belum tentu berkesan selagi masalah berkaitan belum diselesai.

“Pada 12 Mei 2011, Yayasan Pengaman Malaysia ditubuhkan dan antara matlamatnya adalah menjaga kebajikan pesara polis. Tetapi hingga kini yayasan itu belum berfungsi dengan baik kerana ada pesara tidak mendapat kerusi roda dan beberapa bantuan lain,” katanya.

Beliau berkata, jika akta itu mahu digubal, KPN disaran mencontohi Selangor yang banyak memberi manfaat kepada rakyat seperti imbuhan RM1,000 kepada waris si mati.

“Kawan saya cerita ada ahli Umno negeri lain berminat menetap di Selangor kerana boleh dapat banyak manfaat di sini melalui skim kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,” katanya.

Perumahan polis daif, guna wang sendiri baiki kerosakan

Lif rosak

Ketika kerajaan memperuntuk RM591 juta dalam Bajet 2013 untuk menaik taraf keselamatan, keadaan rumah kakitangan dan anggota polis di Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 9, Cheras, kekal daif.

Tinjauan Keadilan Daily mendapati, masalah paling kritikal di perumahan PGA Cheras yang berusia 30 tahun itu ialah kerosakan lif.

Di lokasi itu, hanya satu daripada tiga lif di blok G19 rosak, menyebabkan penghuni terpaksa menunggu lama atau menggunakan tangga.

“Orang hamil pun terpaksa guna tangga. Macam mana kalau berlaku kecemasan? Bayangkan waktu lif rosak, ada orang nak bersalin?

“Ada kes suami terpaksa dukung isteri yang baru bersalin naik ke atas,” kata seorang anggota polis yang lebih 15 tahun menetap di perumahan PGA Cheras dikenali sebagai Nor.

Naik tangga 15 tingkat
Katanya, setiap 17 blok flat Markas Briged Tengah, PGA Cheras antara 10 hingga 15 tingkat mengalami masalah sama. Setiap tingkat ada 10 unit rumah, dengan purata 100 keluarga bagi setiap blok.

rosak
“Beribu-ribu orang tinggal di sini, memang bermasalah,” kata Nor.


Mengikut seorang lagi anggota yang dikenali sebagai ‘Vel’, seorang wanita keguguran akibat terlalu kerap menggunakan tangga kerana lif rosak.

“Ada perempuan hamil dua bulan, gugur sebab tak larat. Pegawai yang ulang alik cuma sampai ke padang kawad. Nampak bersih di luar, yang dalam tak nampak.

“Hanya ganti ‘body’ sahaja. Motor dan bahagian dalaman tak dibaiki.

“Peruntukan baiki ada, ‘maintenance’ (senggara) ada. Tapi duit pergi mana? Akhirnya kami terpaksa ambil ‘spare part’ buat sendiri,” katanya.

Markas Briged Tengah PGA di Batu 9, Cheras menempatkan Batalion 4 PGA, Batalion Khas 19 PGA dan Unit Simpanan Persekutan (FRU).

Tentera bebas sertai himpunan, tiada sebab dipecat – Pahlawan


Takut kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan, Umno BN kini pula menekan enam tentera yang didakwa hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu.

Salah seorang dari mereka adalah tentera darat dan selebihnya tentera laut.

Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Asri Buang berkata, semua tentera terbabit mengikut maklumat keluarga mereka bakal dipecat sekiranya didapati terlibat dalam himpunan itu.

Turut menerima ugutan adalah ahli keluarga mereka.

Kita dapat maklumat isteri kepada tentera tersebut mendapat tekanan menyatakan suami mereka akan dipecat dan semua elauan serta pencen akan disekat. Sehingga sekarang tiada penggantungan tugas, tapi mereka berdepan kesalahan dalam ketenteraan.

Tentera darat tersebut adalah wakil pemain skuasy Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Lans Koperal yang berpangkalan di Batalion 1 Sungai Besi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Menurutnya, mereka disiasat berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam laman facebook masing-masing.

Mereka disabitkan pertuduhan di bawah Akta Angkatan Tentera Malaysia Seksyen 89 (memudaratkan perkhidmatan).

Di bawah akta ini ia ditafsirkan sebagai memudaratkan perkhidmatan dan kesalahan tidak diletak secara umum. Contohnya, tidak pakai butang baju juga akan dikenakan di bawah akta ini. Jika disabitkan kesalahan mereka akan ditamatkan perkhidmatan,” jelasnya.

Setakat ini hanya enam anggota yang tampil kepada kita. Mungkin ramai juga yang dapat tekanan yang sama tanpa pengetahuan kita, datanglah berjumpa kami,” katanya.

Tegas beliau, tiada sebab untuk mereka dikenakan tindakan memandangkan tiada satu pun akta boleh mengaitkan kesalahan keenam-enam tentera itu.

Menurut undang-undang yang ada, anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan bebas untuk menyertai mana-mana perhimpunan yang dibenarkan.

Dengan syarat individu tersebut tidak menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau parti-parti politik serta tidak membahayakan keselamatan awam,” kata Asri. 

-Keadilandaily-

Kerajaan Pakatan Akan Tingkat Kebajikan Anggota Tentera Dan Polis


IMG_6229

Nasib anggota tentera dan polis serta badan pencegahan jenayah tidak akan diabai apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kebajikan badan itu sama ada masih berkhidmat atau bersara akan diberi setimpal dengan pengorbanan menjaga keselamatan negara.

Pakatan tidak mahu tentera dan polis dianak tiri kerana mereka juga rakyat. Dalam program, kita peruntukkan beberapa kemudahan yang bakal dinikmati mereka.

“Kita tidak mahu ada antara mereka terpaksa tinggal di rumah setinggan tanpa keperluan asas secukupnya seperti yang berlaku dalam pemerintahan Umno BN.

“Bekerja tidak kira siang atau malam, di tengah-tengah panas, patutnya ada insentif tambahan untuk mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Berucap pada majlis Hi-Tea bersama 500 rakyat di Kampung Gangsa, Durian Tengah, petang semalam, Anwar berkata, jasa dan pengorbanan polis dan tentera tidak boleh sama sekali dipandang rendah.

Tentera seolah-olah tiada nilai di mata Umno BN apabila wang mereka dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dirompak, kemudian diserah kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Roopiah.

“Dia kebas duit berjuta-juta, dapat tanah seluas 223 ekar, tentera dapat apa? Inilah contoh pemimpin yang tidak jujur. Demi mengkayakan sesama sendiri, sanggup mencuri dana tentera” katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari.

-Keadilandaily-

Left.Jeneral B Datuk Abd Ghafir Yakin PR Bentuk Kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. 

Beliau yang berucap pada Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS memberitahu melihat kepada perubahan yang ketara sokongan rakyat serta penyertaan dari golongan profesional dan ahli perniagaan pasti kemenangan ini tidak boleh dinafikan. 

Malah menurut beliau lagi, pada Pilihan raya Umum ke-12 (2008) telah menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenangi Putrajaya. "Saya pasti melihat kepada perubahan hari ini, Pakatan Rakyat pasti memenangi PRU13 seterusnya membentuk kerajaan. "Jika sebelum ini pada PRU12, saya merasakan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya untuk tawan Putrajaya dan kali ini segalanya menjadi milik Pakatan," ucap beliau di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Beliau turut memberitahu Kementerian Pertahanan merupakan agensi kerajaan yang menerima peruntukan terbanyak setiap kali bajet diluluskan. 

Namun, perbelanjaan tersebut banyak yang melanggari etika yang telah ditetapkan. "Saya telah dedahkan sebelum ini, yang mana dalam Kementerian Pertahanan terlalu banyak membuat pembelian secara terus dan ini memberi ruang berlakunya rasuah. "Saya akan terus mengeluarkan kenyataan, perkara ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan, semoga ia menjadi beban kepada kerajaan untuk menjelaskannya," ucap beliau di hadapan kira-kira 300 peserta. 

Abd Ghafir memberitahu walaupun beliau tidak menyerta mana-mana parti politik tetapi akan terus memberi sokongan kepada parti yang membawa kebajikan dan kebajikan kepada rakyat khususnya negara ini. 

Hadir dalam program hari ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong, bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Tamrin Ghaffar turut hadir. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Himpunan tersebut. Majlis dipengerusikan oleh bekas pelakon, Bob Lokman.