Takut kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan, Umno BN kini pula
menekan enam tentera yang didakwa hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat
(HKR) 12 Januari lalu.
Salah seorang dari mereka adalah tentera darat dan selebihnya tentera laut.
Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia
(Pahlawan), Asri Buang berkata, semua tentera terbabit mengikut maklumat
keluarga mereka bakal dipecat sekiranya didapati terlibat dalam
himpunan itu.
Turut menerima ugutan adalah ahli keluarga mereka.
“Kita
dapat maklumat isteri kepada tentera tersebut mendapat tekanan
menyatakan suami mereka akan dipecat dan semua elauan serta pencen akan
disekat. Sehingga sekarang tiada penggantungan tugas, tapi mereka
berdepan kesalahan dalam ketenteraan.
“Tentera darat tersebut adalah wakil pemain skuasy Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) berpangkat Lans Koperal yang berpangkalan di Batalion 1
Sungai Besi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini
hari ini.
Menurutnya, mereka disiasat berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam laman facebook masing-masing.
Mereka disabitkan pertuduhan di bawah Akta Angkatan Tentera Malaysia Seksyen 89 (memudaratkan perkhidmatan).
“Di bawah akta ini ia ditafsirkan sebagai memudaratkan perkhidmatan
dan kesalahan tidak diletak secara umum. Contohnya, tidak pakai butang
baju juga akan dikenakan di bawah akta ini. Jika disabitkan kesalahan
mereka akan ditamatkan perkhidmatan,” jelasnya.
“Setakat ini hanya enam anggota yang tampil kepada kita. Mungkin
ramai juga yang dapat tekanan yang sama tanpa pengetahuan kita,
datanglah berjumpa kami,” katanya.
Tegas beliau, tiada sebab untuk mereka dikenakan tindakan
memandangkan tiada satu pun akta boleh mengaitkan kesalahan keenam-enam
tentera itu.
“Menurut undang-undang yang ada, anggota tentera yang masih dalam
perkhidmatan bebas untuk menyertai mana-mana perhimpunan yang
dibenarkan.
“Dengan syarat individu tersebut tidak menyertai mana-mana badan
bukan kerajaan (NGO) atau parti-parti politik serta tidak membahayakan
keselamatan awam,” kata Asri.
-Keadilandaily-







0 comments:
Post a Comment