Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow cuba menggambarkan ada pihak tertentu sengaja menghantar ahlinya untuk sabotaj Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Sekolah Tinggi Han Chiang jelas menunjukkan bahawa mereka masih angkuh terhadap suara rakyat.
Untuk menutup kelemahan dan malu yang terpaksa ditanggung oleh BN Pulau Pinang malah lebih teruk rasa malu yang terpaksa ditanggung oleh Najib Razak itu, kenapa pengerusi BN Pulau Pinang menyalahkan rakyat yang terang-terangan menyatakan pendirian mereka?.
Apakah rata-rata pengunjung yang hadir untuk menyaksikan persembahan artis popular korea itu melakukan kesalahan jika tidak mahu menyokong BN?,
Tidakkah pemimpin BN sedar kebanyakkan pengunjung yang datang itu lebih minat untuk menyaksikan persembahan seorang artis luar negara yang dibayar jutaan ringgit untuk membuat persembahan tidak sampai 10 minit, kebanyakkan mereka hadir bukan mahu melihat lakonan najib yang kononnya tidak rasis kepada bangsa lain.
Malah dalam kes Najib Razak malu besar di pulau pinang itu berpunca dari kesilapan Najib Razak sendiri, yang bertanyakkan soalan yang membawa padah pada diri sendiri.

Sebagai pengerusi BN pulau Pinang Teng Chang Yeow seharusnya menerima dengan terbuka bahawa mereka sudah tidak lagi mampu menarik sokongan rakyat, bukan dengan bersikap bodoh menyalahkan dan menuduh majlis sambutan itu sengaja disabotaj hanya kerana mahu terus menjaga air muka Najib Razak yang sudah teruk dimalukan dalam majlis mereka sendiri.
Kenapa Teng Chang Yeow sendiri tidak mahu menerima bahawa dia sendiri sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang telah gagal menarik sokongan rakyat Pulau Mutiara itu?
Kenapa Teng Chang Yeow sendiri tidak mahu menerima bahawa dia sendiri sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang telah gagal menarik sokongan rakyat Pulau Mutiara itu?