Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bergandingan dengan barisan Jeneral bersara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyampaikan ceramahnya di Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa, jam 8 malam hingga 12 tengah malam pada 16 Februari ini.
Ceramah perdana pada malam itu menariknya akan menampilkan barisan jeneral terdiri daripada Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Terdahulu program yang dijadualkan bermula seawal 10 pagi hingga 2 petang itu akan diadakan di Parlimen Bandar Tun Razak di Padang Bola Bukit Anggerik, Bandar Tun Razak sempena meraikan sambutan Tahun Baru Cina di Wilayah Persekutuan.
Pada acara kedua pula, bermula jam 1 petang hingga 3 petang di Parlimen Setiawangsa yang akan diadakan di Sri Rampai Business Park, Setapak.
Seterusnya, bagi acara ketiga, Anwar akan bersama rakyat bagi meraikan Tahun Baru Cina di Parlimen Wangsa Maju bermula jam 2 hingga 5 petang di Prima Setapak, Jalan Genting Kelang.
Manakala di Parlimen Batu, program tersebut diteruskan dengan kehadiran Anwar ke Dewan Brim, SJK (C) Jalan Kepong, Jinjang dalam Parlimen Batu.
Acara terakhir peringkat Wilayah Persekutuan itu akan diadakan di Parlimen Lembah Pantai bermula jam 5 petang hingga 8 malam di depan Restoran Mahbob, Lucky Garden, Bangsar.







0 comments:
Post a Comment