Pakatan Jamin Masa Depan Anda

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Harapan Rakyat, Turunkan Harga Kereta

Turunkan harga kereta, mengapa kita perlu membeli kereta dengan harga lebih tinggi berbanding negara lain? .

Wanita Dihargai

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Kak Wan Terima Anugerah Sayyidatina Khadijah

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima  Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semalam.

Anugerah berkenaan diberikan atas keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.
wawi (3)Ia disempurnakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil bertempat di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

ABIM turut memberi Anugerah Khas ‘Sayyidatina Aishah’ kepada mantan pensyarah Jabatan Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mantan Ketua Helwa ABIM, tokoh aktivis, sains dan dakwah iaitu Allahyarhamah Profesor Dr Khadijah Salleh.

Himpunan dengan tema ‘Kesatuan Fikrah, Kesatuan Matlamat’ turut dimeriahkan dengan nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu rasmi ABIM.

Juara Akademi Al-Quran musim ke 4 terbitan TV9, Ahmad Tarmizi Ali turut menyerikan majlis dengan bacaan Surah At-Tahrim di depan lebih 500 hadirin.

Turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub dan pimpinan lain.

Sebelum ini, pada 12 Julai 2008, Wan Azizah dikurniakan darjah kebesaran Pulau Pinang iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

-Keadilandaily-

55 tahun Umno BN abai kebajikan wanita – Haniza


KUALA LUMPUR 31 Jan: Kerajaan Umno BN terlambat menjanjikan perubahan untuk wanita, sedangkan golongan itu diabai lebih 55 tahun, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.
Haniza Talha
Rakyat sendiri boleh nilai. Selama lebih 50 tahun ini apa yang kerajaan buat untuk memperkasa wanita? Bila pengundi wanita dah meningkat dan condong kepada Pakatan Rakyat baru nak bagi gula-gula,” tempelaknya ketika dihubungi.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersedia melakukan perubahan terhadap undang-undang, peraturan, amalan dan pemikiran menghalang wanita untuk lebih maju.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu memberi bukti pengabaian wanita oleh Umno selama ini melalui penggubalan Akta Keganasan Rumah Tangga yang mengambil masa lama untuk diluluskan di Parlimen.
Bayangkan, wanita perlu 10 tahun untuk mendapatkan haknya. Ini bukti betapa kerajaan tidak mengambil berat isu wanita sebelum ini,” katanya.
“Najib juga pernah berkata pergerakan hak wanita tidak perlu dijalankan di Malaysia. Lagi satu bukti hak wanita dipandang mudah,” tambah Haniza.
WANITA
Najib sudah terlambat. Kepada beliau (Najib) kami (wanita) nak beritahu, kami pilih Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Dalam isu berkaitan, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin pada sidang medianya sebelum ini menyatakan sokongan wanita Melayu di Selangor terhadap Pakatan meningkat lima peratus dari 48 peratus kepada 53 peratus.
Menurut Zuraida, peningkatan itu adalah hasil kefahaman dan puas hati golongan wanita terhadap polisi serta dasar yang dibawa Pakatan dalam Agenda Wanita Malaysia (AWM).

-Keadilan daily-