Pakatan Jamin Masa Depan Anda

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Harapan Rakyat, Turunkan Harga Kereta

Turunkan harga kereta, mengapa kita perlu membeli kereta dengan harga lebih tinggi berbanding negara lain? .

Wanita Dihargai

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara


Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
IMG_8047Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara.
“Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah.

“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13.
“Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa,  
IMG_8093Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007.

“Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar. Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah.
“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu mentero jawab, saya cabar jawab,” katanya.

Rakaman Ulangan Ceramah Umum DSAI Bersama Bekas Pegawai Tertinggi Angkatan Tentera


Rakaman ulangan ceramah umum di Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa pada 16-2-2012 yang lepas,

Selain 
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,   beberapa bekas pegawai tertinggi ATM juga hadir untuk mendukung perjuangan rakyat.


Antaranya ialah Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).



 

Senator Australia ditahan di LCCT, Bukti ada sesuatu yang disembunyikan oleh kerajaan.


Senator Australia, Nick Xenophon yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pagi ini ditahan pihak imigresen dan kini dalam proses penghantaran pulang ke negaranya.
Beliau ditahan sebaik tiba di terminal tersebut kira-kira jam 6.40 pagi tadi.
Nick Xenophon
Beliau kini masih ditahan di pejabat imegresen LCCT dengan kehadiran Pesuruh Jaya Tinggi Australia dan Ketua Staf Pejabat KEADILAN, Ibrahim Yaakob.

Ibrahim ketika dihubungi berkata, sehingga jam 11.30 pagi tadi, Xenophon masih dinafikan hak bertemu peguam dan pihak imigresen turut mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar.
Sementara itu akhbar Sunday Mail Australia pula melaporkan, Xenophon memberitahu beliau ditahan kerana merupakan
‘musuh negara’.

Xenophon sepatutnya bertemu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, 18 Februari, selain ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Tiga lagi ahli politik Australia dijadual menyertai Xenophon ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas. Bagaimanapun, mereka belum berlepas ke Malaysia.
Sebelum ini, Nick Xenophon mempersoal tindakan kerajaan Malaysia menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk mempelawa beliau sebagai pemerhati bebas bagi memantau Pilihan Raya Umum ke 13.
November tahun lalu, beliau menyerahkan surat Anwar kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr berhubung permintaan itu.
Xenophon yang mengganggotai pemerhati misi Antarabangsa Pencarian Fakta Tentang Pilihan Raya (IFFMEM) sebelum ini turut mengkritik sistem pilihan raya di Malaysia.
Menurutnya, 10 hari tempoh berkempen terlalu singkat berbanding negara lain yang meperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.
Xenophon juga pernah melahirkan rasa kecewa mengenai sekatan terhadap media dan pembersihan daftar pemilih di negara ini.

-Keadilandaily-