Senator Australia ditahan di LCCT, Bukti ada sesuatu yang disembunyikan oleh kerajaan.


Senator Australia, Nick Xenophon yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pagi ini ditahan pihak imigresen dan kini dalam proses penghantaran pulang ke negaranya.
Beliau ditahan sebaik tiba di terminal tersebut kira-kira jam 6.40 pagi tadi.
Nick Xenophon
Beliau kini masih ditahan di pejabat imegresen LCCT dengan kehadiran Pesuruh Jaya Tinggi Australia dan Ketua Staf Pejabat KEADILAN, Ibrahim Yaakob.

Ibrahim ketika dihubungi berkata, sehingga jam 11.30 pagi tadi, Xenophon masih dinafikan hak bertemu peguam dan pihak imigresen turut mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar.
Sementara itu akhbar Sunday Mail Australia pula melaporkan, Xenophon memberitahu beliau ditahan kerana merupakan
‘musuh negara’.

Xenophon sepatutnya bertemu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, 18 Februari, selain ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Tiga lagi ahli politik Australia dijadual menyertai Xenophon ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas. Bagaimanapun, mereka belum berlepas ke Malaysia.
Sebelum ini, Nick Xenophon mempersoal tindakan kerajaan Malaysia menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk mempelawa beliau sebagai pemerhati bebas bagi memantau Pilihan Raya Umum ke 13.
November tahun lalu, beliau menyerahkan surat Anwar kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr berhubung permintaan itu.
Xenophon yang mengganggotai pemerhati misi Antarabangsa Pencarian Fakta Tentang Pilihan Raya (IFFMEM) sebelum ini turut mengkritik sistem pilihan raya di Malaysia.
Menurutnya, 10 hari tempoh berkempen terlalu singkat berbanding negara lain yang meperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.
Xenophon juga pernah melahirkan rasa kecewa mengenai sekatan terhadap media dan pembersihan daftar pemilih di negara ini.

-Keadilandaily-

0 comments:

Post a Comment